Powered By Blogger

Selepas 3 Tahun


2

Tanpa sedar aku dah 2 tahun kerja kat sini dan hampir 3 tahun menempuh alam pekerjaan. Kalau dulu aku bekerja tidak kira siang atau malam, sekarang aku bekerja ikut masa yang ditetapkan. Kadang-kadang tu ada terlajak masa jugak tapi masih lagi mampu dibayar oleh pemilik syarikat. Perasaan bosan tu ada jugak dan aku tak nafikan kerana kerja pertama dulu lebih kepada travelling, tapi kat sini aku hanya terperap dalam bangunan konkrit yang sedikit goyah.

Sebenarnya aku lebih sukakan travelling dari duduk sahaja dalam ofis. Dan aku tak terfikir pulak macam mana la aku boleh memohon kerja kat sini. Maybe semua gara-gara company lama yang tak nak iktiraf kebolehan aku sampaikan waktu aku cabut dulu, ramai lagi yang ikut jejak langkah aku. Kira aku pelopor kepada pengurangan mendadak pekerja-pekerja di sana. Pernah jugak bos lama ajak aku kerja semula di sana tapi aku tolak dengan baik. Aku cakap aku nak kumpul pengalaman bekerja dalam lingkungan customer. So dari situ aku dapat la apa yang customer nak sebenarnya.

Sepanjang 2 tahun di sini, aku banyak juga memohon kerja di tempat lain. Ada 2 tempat yang nak ambil aku bekerja dengan mereka, satu GLC dan satu lagi swasta. Aku terpaksa menolak lagi atas beberapa faktor. Pertama gaji yang tidak meningkat berbanding tempat lama. Kedua kerana aku lebih selesa (kot) duduk bersama mak semenjak abah meninggal dunia. Dan ketiga kerana susah nak dapat suasana kerja yang relax, boleh main games dari pagi sampai petang, boleh bergaduh dengan bos, dan sebagainya.

Tapi saat ini kebosanan yang melanda membuatkan aku tidak keruan. Syarikat ini mendapat impak yang besar masa kegawatan ekonomi di hujung tahun 2008. Akibatnya kenaikan gaji disekat, OT dihadkan, dan yang paling menyedihkan, pekerja terpaksa dikurangkan. Ini menyebabkan beberapa bahagian/jabatan lumpuh operasinya kerana pekerja berpengalaman terpaksa diberhentikan. Maka banyak proses pembelajaran terbantut dan moral pekerja-pekerja turun mendadak. Hingga sekarang aku masih lagi mengorak langkah mencari kerja yang sesuai, walaupun banyak temuduga dihadiri, dan tiada jawapan yang menggembirakan diterima pada akhirnya.

Aku akan pastikan pada hari-hari mendatang, aku mendapat khabar yang baik, untuk aku keluar dari kepompong kesenangan di tempat ini. Aku akan berusaha sehingga ada yang berminat untuk menemuduga dan mengambil aku bekerja dengan pengalamanku yang tidak seberapa.

::

2 Response to "Selepas 3 Tahun"

  1. ayen =D says:

    ha ah.. baru khamis lepas, borak2 dengan Penolong Pendaftar.. cakap.. "saya bosan lah dengan kerja saya..." hohoho.. berani dan tergamak cakap gitu kan.. senang lenang sangat pun bosan gak.. bz sangat, tension lak.. lalalala..

    btw.. selamat mencari..!!

    moyes says:

    ain..kadang2 ape yang kita kecapi sekarang bukan kemahuan kita..tak salah kalau kita mencari kepuasan untuk diri sendiri tetapi jangan lupakan juga tanggungjawab kita sebagai anak..abang pun berbelah bahagi kerana hati tidak serasi dengan segelintir perompak masa bekerja abang..ish2..

Catat Ulasan