Powered By Blogger

Aku dan Senja


0

Petang sebelum senja.
Aku melangkah longlai ke pesisir pantai.
Angin seakan mengerti, tidak menghembuskan desiran.
Batu dijadikan tempat berlabuh.
Mata dilirikkan kepada mentari yang suram.
Masih tidak dapat melawan sinarannya walaupun kacamata hitamku tebal.
Aku termangu sendirian tanpa teman.
Kunjungan kali ini amat menekankan perasaanku.
Dan dikala senja menjelma.
Segalanya berakhir.

Titipan Cemburu


0

Kerana "comment" di dinding yang sudah bertuan, mereka sudah dilenyapkan.
Terasa ringan sahaja butang "delete" itu ditekan.
Sampaikan timbul persoalan yang tidak disangka.
Dan dari titik ini pertanyaan kepada diri sendiri.
Cemburukah aku?

Ya memang aku cemburu.
Bukan nak membalas dendam tetapi cemburu.
Melihat dinding aku kusam tiada yang singgah.
Melihat dinding dia penuh dengan kecemburuan.
Akhirnya aku putuskan untuk menghapuskan bukti dan jejak.

Tetapi manusia lain itu masih tidak faham.
Masih juga mahu mengotorkan dinding dia dengan tulisan mereka.
Ah aku masih boleh bersabar.

Pembiasan Otak


0

Disaat aku mengiringkan kepala dek kerana otak tidak mampu lagi berfungsi mengawal neuron-neuron kakiku, sempat lagi satu signal dihantar ke neuron tangan untuk menaip. Lebih sepurnama aku tinggalkan tapi hari ini seperti terasa mahu mengukir sesuatu disini.

Tapi apa yang aku nak coretkan?















Entah...