Powered By Blogger

Volunteer Separation Scheme @ VSS


0

Rasanya dah hampir 2 bulan menganggur (blog ini) kerana tugas-tugas yang digalas sangat memeritkan masa. Dan dalam masa ini juga aku bermeditasi, menunggu apa yang disifatkan sebagai penantian (sila jangan salah faham, bukan lagu penantian nyanyian blackrose) yang tak kunjung tiba.

Arakian tersebutlah kisah tentang VSS. Kepada sesiapa yang bekerja dengan makan gaji, terutamanya pekerja-pekerja di kilang-kilang, akan tahu akan perihal VSS ini. Dan tempatku bekerja juga mengutarakan masalah VSS ini. Katanya VSS ini diperlukan untuk menurunkan 40% daripada keseluruhan operasi kilang.

Kalau diikutkan, seramai 183 orang daripada lebih kurang 460 orang pekerja tetap dari gred G4 hingga M1 akan dipilih untuk menerima VSS. Aku pun terasa bahangnya kerana keupayaanku dalam jawatan tidak lagi dipandang tinggi oleh pihak pengurusan. Dan aku seperti terasa ingin mengambil pendekatan berhenti dengan dibayar gaji x tempoh perkhidmatan dalam tahun.

Apakah cabaranku akan berakhir di sini? Pihak pengurusan hanya memandang enteng peranan jurutera jabatanku hinggakan ramai yang berjaya meloloskan diri keluar dari kepompong ini. Sedangkan pengganti tidak juga dicari. Yang tinggal tersiksa dengan berbagai polisi yang diketengahkan oleh ketua-ketua jabatan. Sungguh perit.

Bantuan amat diperlukan. Aku memerlukan satu anjakan paradigma untuk keluar dari kepompong ini. Gambate!!!

~Branco~

0 Response to "Volunteer Separation Scheme @ VSS"

Catat Ulasan