Powered By Blogger

What Style of Biker Are You?


0

From touring to off-road riding to track riding to cyclo-riding to recreational biking-there are almost as many different styles of riding as there are bikes. The following is a discussion of three of the most popular styles of biking today.



Street/Urban Riding

Street/Urban riding is when you bike through urban areas, ride on ledges and other man-made obstacles. Some riders execute tricks as well as stalls and grinds. Hybrid bikes, sometimes called city bikes, are typically used for street/urban riding. Hybrid bikes are a cross between a mountain bike and a road bike. Most have front suspension with wide comfortable seats and upright handlebars. 



Free Riding 

The essence of free riding has it origins on the shores of British Columbia. As some free riders have explained it, free riding is more than just riding, it's about riding with your friends and doing things on your bike that push the limits of both yourself and your bike. It's not about being the fastest or coming up with a new trick. Rather, it's about being totally free on your bike. Free riding is different for everyone. Essentially, when you ride for pure enjoyment, do your own thing, in your own way, that's free riding--making it more of a mindset than a structured style of riding. For example, you could free ride downhill, cross-country or down the boardwalk in Ocean City, Maryland.

Many free ride bikes closely resemble downhill bikes and weigh as much, although they are usually designed to be easier to pedal. Free ride bikes should be in the 30 to upper 50 pound range, have a steeper angled frame in order to make maneuvering on narrow obstacles possible, and be built from stronger, heavier materials. 



Downhill Mountain Biking 

If you think downhill biking is all about kicking back, stretching your arms and cruising at a leisurely pace, think again. Even though it's all downhill, biking down a mountain demands concentration, quick reflexes and bike-handling skills much different than free riding or city riding. It's also a blast! Downhill mountain biking races involve race courses that are designed for riders to speed down while navigating huge jumps, obstacles and more. It's very similar to motor cross racing. 

While it's true that all bikes go downhill, bikes that provide the optimum ride for Downhill Mountain Biking have what is called full suspension. This means that the front and rear of the frame are equipped with shock absorbers.

Hari ini, Esok dan Semalam


0

Andai kata hari ini dalam sejarah.
Lipatan mana yang ingin ku simpan.
Andai kata esok terjadi sesuatu.
Adakah aku sudah bersedia.
Andai kata semalam hadirnya memori indah.
Aku tidak memerlukannya.

Beruntunglah hari esok.
Ruginya bukan semalam.
Dan tiada apa untuk hari ini.

Sang Pemarah


0

Selepas satu dan satu.
Terbongkar segalanya.
Amarah yang tidak dapat dikawal.
Terus dilepaskan tanpa belas kasihan.
Tetapi masih tidak dapat diubah.
Oleh sang penyimpan masalah.
Dan kerana itu.
Sang pemarah terus menerus melukai sang penyimpan.
Entah sampai bila akan berlarutan.

Aku dan Senja


0

Petang sebelum senja.
Aku melangkah longlai ke pesisir pantai.
Angin seakan mengerti, tidak menghembuskan desiran.
Batu dijadikan tempat berlabuh.
Mata dilirikkan kepada mentari yang suram.
Masih tidak dapat melawan sinarannya walaupun kacamata hitamku tebal.
Aku termangu sendirian tanpa teman.
Kunjungan kali ini amat menekankan perasaanku.
Dan dikala senja menjelma.
Segalanya berakhir.

Titipan Cemburu


0

Kerana "comment" di dinding yang sudah bertuan, mereka sudah dilenyapkan.
Terasa ringan sahaja butang "delete" itu ditekan.
Sampaikan timbul persoalan yang tidak disangka.
Dan dari titik ini pertanyaan kepada diri sendiri.
Cemburukah aku?

Ya memang aku cemburu.
Bukan nak membalas dendam tetapi cemburu.
Melihat dinding aku kusam tiada yang singgah.
Melihat dinding dia penuh dengan kecemburuan.
Akhirnya aku putuskan untuk menghapuskan bukti dan jejak.

Tetapi manusia lain itu masih tidak faham.
Masih juga mahu mengotorkan dinding dia dengan tulisan mereka.
Ah aku masih boleh bersabar.

Pembiasan Otak


0

Disaat aku mengiringkan kepala dek kerana otak tidak mampu lagi berfungsi mengawal neuron-neuron kakiku, sempat lagi satu signal dihantar ke neuron tangan untuk menaip. Lebih sepurnama aku tinggalkan tapi hari ini seperti terasa mahu mengukir sesuatu disini.

Tapi apa yang aku nak coretkan?















Entah...

Hallmark!!!


0

hallmark..
aku dah bosan..
nak buat kerja tapi malas..
tangguh dulu..
esok ada lagi...

Jam Biologi Terbalik


0

Aku masih dalam kekalutan otak.
Malam aku bekerja dan siang aku tidur.
Jam biologiku masih berputar tetapi putaran yang tidak seiring dengan orang lain.
Malam memerah otak tetapi keringat tersimpan hingga lemak-lemak terkumpul dan semakin membesar.
Siang mengumpul tenaga hingga terlepas bermacam-macam perkara.
Apakah aku masih relevan untuk meneruskan hidup sebegini?
Hanya masa yang akan menentukan segalanya.

Selepas 3 Tahun


2

Tanpa sedar aku dah 2 tahun kerja kat sini dan hampir 3 tahun menempuh alam pekerjaan. Kalau dulu aku bekerja tidak kira siang atau malam, sekarang aku bekerja ikut masa yang ditetapkan. Kadang-kadang tu ada terlajak masa jugak tapi masih lagi mampu dibayar oleh pemilik syarikat. Perasaan bosan tu ada jugak dan aku tak nafikan kerana kerja pertama dulu lebih kepada travelling, tapi kat sini aku hanya terperap dalam bangunan konkrit yang sedikit goyah.

Sebenarnya aku lebih sukakan travelling dari duduk sahaja dalam ofis. Dan aku tak terfikir pulak macam mana la aku boleh memohon kerja kat sini. Maybe semua gara-gara company lama yang tak nak iktiraf kebolehan aku sampaikan waktu aku cabut dulu, ramai lagi yang ikut jejak langkah aku. Kira aku pelopor kepada pengurangan mendadak pekerja-pekerja di sana. Pernah jugak bos lama ajak aku kerja semula di sana tapi aku tolak dengan baik. Aku cakap aku nak kumpul pengalaman bekerja dalam lingkungan customer. So dari situ aku dapat la apa yang customer nak sebenarnya.

Sepanjang 2 tahun di sini, aku banyak juga memohon kerja di tempat lain. Ada 2 tempat yang nak ambil aku bekerja dengan mereka, satu GLC dan satu lagi swasta. Aku terpaksa menolak lagi atas beberapa faktor. Pertama gaji yang tidak meningkat berbanding tempat lama. Kedua kerana aku lebih selesa (kot) duduk bersama mak semenjak abah meninggal dunia. Dan ketiga kerana susah nak dapat suasana kerja yang relax, boleh main games dari pagi sampai petang, boleh bergaduh dengan bos, dan sebagainya.

Tapi saat ini kebosanan yang melanda membuatkan aku tidak keruan. Syarikat ini mendapat impak yang besar masa kegawatan ekonomi di hujung tahun 2008. Akibatnya kenaikan gaji disekat, OT dihadkan, dan yang paling menyedihkan, pekerja terpaksa dikurangkan. Ini menyebabkan beberapa bahagian/jabatan lumpuh operasinya kerana pekerja berpengalaman terpaksa diberhentikan. Maka banyak proses pembelajaran terbantut dan moral pekerja-pekerja turun mendadak. Hingga sekarang aku masih lagi mengorak langkah mencari kerja yang sesuai, walaupun banyak temuduga dihadiri, dan tiada jawapan yang menggembirakan diterima pada akhirnya.

Aku akan pastikan pada hari-hari mendatang, aku mendapat khabar yang baik, untuk aku keluar dari kepompong kesenangan di tempat ini. Aku akan berusaha sehingga ada yang berminat untuk menemuduga dan mengambil aku bekerja dengan pengalamanku yang tidak seberapa.

::

Sebelum Kerja


0

Lambat. Masih sempat.
Sesak. Cuba elak.
Laju. Jangan buat orang menunggu.
Letak. Masukkan kereta dalam petak.
Pijak. Di tangga berlari anak.
Kunci. Putar kanan dan kiri.
Duduk. Kerusi empuk.
Hadap. Komputer lembab.
Ketik. Tetikus diketik.
Mula. Kerja.

~Branco~

Hujan Reda


0

Menunggu hujan reda.
Jam masih bisa berdetik.
Bergelimpangan atas meja adalah hasil kerja.
Setelah menyiapkannya dibiarkan sahaja.
Esok sahaja dikemaskan.
Pulang ke rumah lebih diutamakan.
Tetapi apakan daya.
Menunggu hujan reda.

~Branco~

Semua Itu


0

Apa itu?
Apa semua?
Semua itu hanyalah retorik.
Retorik insan-insan.
Yang menjadi pemain wayang dunia.
Kenapa?
Kerana nafsu melangkaui akal.
Hilang sudah sifat belas kasihan.

~Branco~

Angin


0

Bahang mentari.
Mencairkan lemak-lemak di bawah kulit.
Kebasahan dek peluh yang mengalir.
Dimana angin sejuk?
Disaat ini amat diperlukan.
Menghentikan pengaliran garam.
Yang semakin lama semakin banyak.
Supaya air dapat dijimatkan.

~Branco~

Atas dan Tepi


0

Lampu malap menerangi kamar.
Memandang ke atas masih menjengkilkan mata.
Kepala digolekkan ke tepi.
Terlihat gejet usang yang tidak bernyawa dek kerana tiada voltan.
Mata dijelingkan ke atas.
Pejam sedikit kerana cahaya silau.
Mimpi indah takkan datang malam ini.
Kerana masih belum TIDUR!!!

~Branco~

Terakhir


0

Semalam dari jauh.
Hanya sempat memandang.
Ketika insan lain merapati.
Teringin untuk mendekati.
Dan diakhir perpisahan.
Hanya panggilan mesra terbit dari bibir.
Memandang tubuh yang kering.
Hati jadi sayu.
Ingin sekali mendakap tubuhnya.
Dan hari ini.
Mendapat khabar berita.
Rohnya telah meninggalkan jasad.
Amin...

~Branco~

Gurauan Senja


0

Mestikah kau terpinga-pinga.
Menanti senja melabuhkan tirainya.
Melayan kekontangan idea.
Dan menunggu saat kepulangan sang pekerja.
Aku yang memejamkan mata.
Di satu sudut yang berkamera.
Tanpa kerisauan dan huru-hara.
Kerana "boss" tiada.

~Branco~