Powered By Blogger

Mak Bapak Jawa, Anak Camne??


0


Kejadiannya bermula disini,

Dalam satu kelas waktu aku ambik degree dulu, teringat keadaan yang amat melucukan. Waktu tu subjek TITAS. Lecturer ni seorang yang sempoi, tiap kali kelas dia akan banyak bercerita tentang keadaan semasa negara kita.

So nak dijadikan cerita, kelas hari khamis, petang pulak tu. Pagi dah skip 2 kelas, petang baru nak masuk. Aku pun ambik tempat kat belakang dengan beberapa member aku yang agak nakal (tapi aku tak termasuk dalam golongan tu..hehehe). So tunggu lecturer datang agak lambat, maka kedengaran la suara2 sumbang mengatakan kelas dibatalkan.

Selang 20 minit dari masa yang ditetapkan, lecturer pun sampai. yang dah angkat punggong nak keluar tu terpakse memanaskan kembali kerusi yagn diduduki. Lecturer pun bla bla bla mengajar subjek TITAS sampaikan aku jadi terawang2 (ngantuk la..).

Tibe2 aku rase macam lecturer tu panggil nama aku. Dahla ngantuk kene panggil pulak.

"Ye encik." aku menyahut.

"Awak orang jawa ke?" tanya lecturer.

"Takla. Mak bapak je jawa." jawabku dengan penuh selamba.

Lepas tu aku dengar gelak tawa satu kelas, sampai ade yang guling2 (guling2 ni tambahan penyedap cerita je). Aku terpikir, kenapa diorang gelak? Salah ke jawapan aku? Aku pun mula mempersoalkan kenapa diorang gelak sampai tak ingat dunia.

Lame2 aku termenung kejap, baru aku paham. Kalau mak bapak jawa anak dah tentu la jawa. Takkan anak bugis pulak kan. Lepas tu aku senyum sendiri, & bila sampai kat blok mula la tersebar cerita tu.

Sampai sekarang aku masih tergelak mengenangkan kejadian yang menimpa aku.

HARHARHARHARHAR


~Sniper~

0 Response to "Mak Bapak Jawa, Anak Camne??"

Catat Ulasan