Report to Consumer Forum Malaysia
April 26, 2009
02:34
0
Hari ni lebih kurang jam 1900 bertempat di Dewan Jubli Intan Muar, aku saje je jalan2 kat situ. Konon2 nak beli barang kat PC Fair tapi hampeh, ujung bulan, mesin ATM pun malas nak print resit. Kalau print kene gelak je. Jadi aku just tengok2 mane2 yang murah dan menawan hati. Kalau dah ade rezeki tu leh la angkat terus.
Nak dijadikan cerita, aku terpandangla satu booth yang takde pengunjung. Ade la sorang mamat ni tgh isi borang pebenda ntah. So aku cube dekati dan terpandang perkataan CFM. Disebabkan perasaan ingin tahu melonjak2, mulut ni pun gatal2 la tanye.
"CFM ni ape bang?"
"CFM ni tempat nak buat aduan kalau kita ada masalah dengan prkhidmatan komunikasi & multimedia kat negara kita ni. CFM ni badan bebas tapi still under pengawasan SKMM, any report leh la buat kat sini atau kat website CFM" kata sorang brader yang jaga booth ni la.
Aku terlopong gak dengar brader ni explain. Tapi tibe2 aku teringat kes aku dengan syarikat X. So aku tanye la kat brader ni. Die explain panjang2 sambil aku mengangguk2 kepala. Aku terus yakin yang CFM ni leh tolong masalah aku.
Kes aku camni:
Pada bulan 1 aku ada surf internet guna no tepon hanset dari syarikat X. Time tu die ade bagi promosi untuk penggunaan harian. So lepas subscribe, dapat mesej pengesahan, so aku terus la gunakan tanpa was2. Aku dah gunakan sebanyak 2 kali.
Nak dijadikan cerita, bila bil sampai kat umah, aku terkejut la. Penggunaan internet sebanyak 230++. Aku terus buat report kat customer services syarikat ni. So diorang ambik report aku tu n bagitau benda ni akan siap dalam 7 hari bekerja. Tunggu la aku selama 7 hari.
Lepas 7 hari, aku call balik, n diorang cakap kes ni belum selesai. Aku masih bersabar n tunggu sampai selesai. Lepas tu aku call balik (7 hari la), diorang cakap masih dalam siasatan. Aku cakap berapa lama lagi kan nak tunggu. Diorang akan call balik untuk bagitau keputusan.
Aku tunggu la sampai masuk bil yang baru, masih tak call lagi. So aku call la nak dapatkan status. Masih lagi dalam siasatan. Itu je alasan yang aku dengar. So aku masih boleh bersabar. Tunggu lagi sebulan. Dalam masa sebulan tu aku ade la feedback balik, try call n jawapan masih sama jugak.
So lepas dapat bil yang kedua, aku try tanye status. Diorang cakap kes tu dah selesai bulan lepas. Aku agak terkejut kenapa tak diberitahu keputusan tu pada aku. Diorang cakap dah hantar SMS confirmation. Aku cakap tak dapat. So aku mintak kes tu dibuka semula. Diorang setuju. Aku cakap kalau tak selesai gak dalam mase 3 hari, aku nak report kat SKMM.
Lepas beberapa jam, diorang call aku balik. Diorang cakap aku gunakan internet untuk baca MMS. Sedangkan selama ni pun aku takde la nak bace MMS guna internet. Ape guna beli henpon mahal2 kalau nak bace MMS pun kene gune internet. So aku tak puas hati, ugut nak bagitau SKMM gak. Diorang masih cakap aku yang salah. Aku nak diorang bagi bukti tapi masih takde jawapan.
Aku tahu diorang leh manipulasi data2 dalam server diorang, nak tunjukkan bahawa aku yang salah. Kalau macam ni la gayanye kan, maybe tak lame la aku ngn syarikat X ni. Diorang cakap kalau nak cepat gak, aku kene setelkan bayaran yang tertunggak tu. What the hell!! Aku cakap kat diorang selagi tak selesai masalah ni, aku takkan bayar walau sesen pun.
Lepas tu aku dah tak call diorang lagi. Tapi aku cari2 gak saluran mane nak wat aduan pasal benda ni. So nasib baik tadi jumpe booth CFM ni. So aku cerita la sama macam kat atas. Lepas tu buat report. Aku ingat nak call balik customer services diorang nak bagitau aku dah buat report kat SKMM.
Sebenarnye aku tak kisah pun kalau aku yang salah. Masalahnye diorang buat macam tak kisah je aduan yang aku buat. Bile call cakap belum setel lagi. Lagi satu detail2 tentang penggunaan aku pun diorang tak bagi. Persoalannye kenapa boleh banyak sangat? Sedangkan kredit limit aku cume 100 je. Kalau lebih diorang block. Tapi kes aku ni dah dekat 300 baru diorang block. Kenapa jadi camtu?
So aku harap la CFM ni dapat selesaikan masalah aku ni. Takkan nak selamanye kene tipu dengan masalah2 camni. Sape2 yang agak2 kene camni atau nak buat aduan pasal broadband ke, TV ke, leh la gi kat CFM ni. Aku pun tunggu gak sekarang.
~Sniper~
0 Response to "Report to Consumer Forum Malaysia"
Catat Ulasan