Powered By Blogger

La La La Kerjalah


0



La La La Laaa… La, hari-hari kerja!

La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!

Lirik lagu dari Meet Uncle Hussain yang berjaya menggegarkan industri muzik tempatan yang selama ini dikuasai oleh irama2 yang sangat meluatkan telinga aku. So berkaitan dengan lagu ni, aku nak ambil sepotong lirik je 'Bosan dengan kerja'. Kenapa bosan?

Bosan kerja berlambak!!

Mengikut pandangan aku sebagai orang yang kadang2 bosan dengan kerja, sebab2 kerja menjadi bosan adalah seperti berikut:
  1. Lambakan kerja di pejabat
  2. Kerja yang tak sepatutnya dibuat
  3. Malas
  4. Mengantuk di awal pagi
  5. Takde reference dari orang lama
  6. Asyik2 kita je yang kena buat!!
  7. Takde orang yang boleh diharapkan melainkan kita
Itu mungkin beberapa sebab yang dapat dituliskan disini. Banyak lagi sebab2 yang tak dapat difikirkan kerana tak pernah dialami oleh aku. Bagamana nak atasi masalah bosan ni? Adakah perlu tukar kerja? Ataupun perlu diberi motivasi yang secukupnya?

Praktis aku, kalau bosan kerja, install game kat dalam PC, lepas tu main kalau bosan. Tapi tengok jugak environment kerja macam ma
na. Kalau kerja ngadap bos je, tak boleh jugak nak main game. So aktiviti lain yang boleh dibuat ialah chatting. Tapi kadang2 chatting ni bosan gak. Asyik chat dengan orang yang sama je.

Kalau yang ada blog tu boleh la nak buat blog baru, macam aku. Tapi nak tulis blog pun kena ada idea jugak. Aku pun tengok kesempatan la nak tulis ni. Kalau time kerja on off je, tak boleh nak ngadap PC cari idea. So malam jela yang aku berkesempatan menaip.

Lagi satu yang aku selalu praktiskan masa bosan ialah tolong orang lain. Bukan kita kacau dia buat kerja, tapi tolong tokok tambah mana2 yang patut, sebab diwaktu kita kerja tu, tak semestinya kita tahu semuanya. So time ni nak belajar benda yang baru or nak refresh benda yang dah lama tinggal.

Kesimpulannya, dalam zaman teknologi canggih ni, segala kesempatan kita boleh gunakan untuk hilangkan bosan dek kerana kerja. Dan jangan kita letakkan difikiran bahawa kerja tak boleh dapat ilmu. Sebenarnya waktu kerjalah ilmu tu lebih berkembang.

So..... kerjalah!!


~Sniper~

0 Response to "La La La Kerjalah"

Catat Ulasan