Powered By Blogger

Adam dan Hawa


0


Ini bukan lirik lagu Cinta Adam dan Hawa,
Ini cuma satu nukilan yang ikhlas...


Wahai Adam
Sememangnya hawa adalah kaum yang lemah
Kerana emosinya mudah berubah-ubah
Mengikut perasaan, kurang berfikir
Hanya kerana perkara yang menyentuh perasaan
Airmatanya mudah mengalir
Hatinya mudah tersentuh
Jiwanya mudah berkecamuk

Namun begitu
Hatinya mudah dibentuk
Patuh mendengar kata
Disuruh melakukan kebaikan diikutnya
Diajak ke arah kejahatan tidak mustahil juga dia menurutinya
Kerana... sesungguhnya iman wanita setipis rambutnya
Mudah putus apabila ditarik
Cair apabila dibakar

Wahai Adam
Bukan sukar untuk membawa Hawa melangkah Jannah
Untuk meniti titianNya
Hanya sepantas kilat atau merangkak-rangkak
Tetapi mungkin juga Hawa tersungkur dari titian
Lantas terdampar di dalam bara apiNya yang membara

Wahai Adam
Sesungguhnya Hawa tidak memerlukan janji manis
Mahupun harta
Ataupun intan berlian
Hanya yang didambakan adalah
Bimbingan... Kasih yang ikhlas Lillahi Ta'ala
Agar dia dapat mengumpul kekuatan dan keseimbangan
Untuk meniti titianNya itu

Tetapi wahai Adam
Tanyalah dirimu
Apakah kau mampu melaksanakan impian Hawa
Yang tulus lagi suci
Kerana Hawa juga manusia biasa
Yang penuh sifat kasih sayang
Mempunyai naluri untuk dicintai dan disayangi
Oleh insan bernama Adam
Yang juga mencintaiNya setulus hati
Agar dapat dikongsikan rasa cinta itu
Bersama-sama Hawa
Demi mendapat keredhaanNya
Juga nikmatNya yang tiada terhingga

Wahai Adam
Sedarlah akan tanggungjawabmu
Luaskanlah ilmu untuk mengejar cinta Illahi nan satu
Memimpin Hawa mencapai impian itu

Wahai Adam
Setiap Hawa mempunyai fitrah dan fikrah yang berbeza
Begitu juga dengan diriku
Yang mempunyai beza hala tuju

Wahai Adam
Sekiranya benar katamu
Cinta tidak mengenal rupa
Begitu juga bagi diriku
Cinta bagiku hanyalah untuk mendapat keredhaanNya
Dan juga secebis kasih sebagai manusia darimu

Wahai Adam
Aku bukanlah Rabiatul Adawiyah
Yang gah dengan cinta illahi nan satu
Hasratku hanya satu
Agar diriku bertemu denganmu
Seorang insan bernama Adam
Mendorong keredhaanNya
Yang menjanjikan syurgaNya


~Sniper~

0 Response to "Adam dan Hawa"

Catat Ulasan