Ribut di Kampung [1]
Mei 23, 2009
21:23
0
Hari ini dalam jam 1450, kampung aku telah dilanda ribut. Tetapi kejadian ribut ini berlaku hanya dalam satu garisan melintang, dari kampung sebelah ke kampung aku dan bersambung ke kampung yang lain. Semasa kejadian aku masih berada di tempat kerja dan hanya mengetahuinya apabila aku pulang ke rumah.
Banyak kerosakan dan kemusnahan telah dilaporkan kepada pihak yang berkenaan. Antaranya kerosakan talian telefon (TM), talian elektrik (TNB) dan lain-lain harta benda termasuk pokok-pokok yang tumbang. Selepas kejadian, pihak TNB terus menghantar bantuan kepada penduduk kampung yang terlibat. TM hanya dapat menghantar bantuan pada sebelah malam.
Mengikut cerita dari beberapa penduduk kampung, kejadian berlaku dengan tiba-tiba. Ribut ini disertai dengan hujan lebat dan petir. Aku hanya dapat melihat sebatang pokok pinang di sebelah rumah aku dipanah petir. Dan pokok rambutan kesayangan mak aku rebah juga.
Tetapi rumah nenekku yang terletak berhadapan dengan rumahku mengalami kemusnahan yang dahsyat. Garaj kereta yang diperbuat dari besi telah runtuh, beberapa batang pokok getah tumbang mengakibatkan talian elektrik terputus. Ada sebatang pokok hampir mengenai rumah nenekku. Tapi bersyukur hanya menyentuh bumbung rumah di bahagian sebelah kanan.
Jika ada perkembangan lagi, aku akan update dari semasa ke semasa.
~Sniper~

Pada waktu blog ini ditaip, pihak TM sedang bertungkus lumus menggantikan empat batang tiang telefon yang tumbang. Nasib baik talian telefon tidak terjejas. Kalau tidak alamat tak dapat nak update blog ini.
Tiang kedua. Lihatlah hampir menghalang lalu lintas
Jika ada perkembangan lagi, aku akan update dari semasa ke semasa.
~Sniper~
0 Response to "Ribut di Kampung [1]"
Catat Ulasan