Powered By Blogger

Memanaskan Enjin Satu Mitos


0

Upacara (betul ke ni) memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit.


Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar.

Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta.

Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder.

Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar.

Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin.

Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.


p/s: Artikel ni aku ceduk dari email yang aku dapat, pastu letak kat dalam blog ni. Renung-renugkanlah ok. Kalau yang ambik automotive engineering mesti tau pasal benda nih kan.

~Branco~

[Renungan] Gambaran Alam Mahsyar


2

Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


ALAM MAHSYAR
 1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya 'Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?' Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya 'Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa'. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padangMahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

i. Pemimpin yang adil.
ii. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
iii. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
iv. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
v. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
vi. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
vii. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah Arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga Arasy itu tiba dibumi.

15. Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulisoleh malaikat Hafazhah / Raqib & Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Nauzubillah!!

~Branco~

Volunteer Separation Scheme @ VSS


0

Rasanya dah hampir 2 bulan menganggur (blog ini) kerana tugas-tugas yang digalas sangat memeritkan masa. Dan dalam masa ini juga aku bermeditasi, menunggu apa yang disifatkan sebagai penantian (sila jangan salah faham, bukan lagu penantian nyanyian blackrose) yang tak kunjung tiba.

Arakian tersebutlah kisah tentang VSS. Kepada sesiapa yang bekerja dengan makan gaji, terutamanya pekerja-pekerja di kilang-kilang, akan tahu akan perihal VSS ini. Dan tempatku bekerja juga mengutarakan masalah VSS ini. Katanya VSS ini diperlukan untuk menurunkan 40% daripada keseluruhan operasi kilang.

Kalau diikutkan, seramai 183 orang daripada lebih kurang 460 orang pekerja tetap dari gred G4 hingga M1 akan dipilih untuk menerima VSS. Aku pun terasa bahangnya kerana keupayaanku dalam jawatan tidak lagi dipandang tinggi oleh pihak pengurusan. Dan aku seperti terasa ingin mengambil pendekatan berhenti dengan dibayar gaji x tempoh perkhidmatan dalam tahun.

Apakah cabaranku akan berakhir di sini? Pihak pengurusan hanya memandang enteng peranan jurutera jabatanku hinggakan ramai yang berjaya meloloskan diri keluar dari kepompong ini. Sedangkan pengganti tidak juga dicari. Yang tinggal tersiksa dengan berbagai polisi yang diketengahkan oleh ketua-ketua jabatan. Sungguh perit.

Bantuan amat diperlukan. Aku memerlukan satu anjakan paradigma untuk keluar dari kepompong ini. Gambate!!!

~Branco~

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa


0

Alhamdulillah, esok kita semua (yang beragama islam) akan menjalani ibadah puasa. Harap-harap dapat berpuasa penuh tahun ini seperti juga tahun-tahun yang lepas. Esok mesti liat nak bangun pagi, tapi aku dah berlatih dulu. Masalahnya selepas bersahur, aku akan sambung tidur. Kali ini aku berazam nak berjaga sampai masuk waktu Subuh.

Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada semua umat islam, sama ada yang mengenali diri aku atau tidak, yang pernah tinggalkan komen di blog ini ataupun sekadar memandang jeling-jeling. Kalau aku pernah mengumpat, mengutuk, membenci, memarahi dan sebagainya, harap diampunkan kesilapanku.

Semoga kita sama-sama dapat jalani ibadah puasa ini dengan keberkatan dan keredhaan Allah. Dan kepada semua pembaca blog ini, penitip komen, yang selalu singgah, yang hanya lalu sahaja, maafkan aku. Aku dah maafkan kamu semua.

Mari kita semua sama-sama hayati keindahan Ramadhan yang akan menjelang. Mari kita bersembahyang tarawih, bertadarus, dan tegah diri ini dari melakukan perkara yang dilarang.

Selamat Berpuasa...

~Branco~

[Ceritot] Nenek Oh Nenek


0

Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.

Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur.

Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan mengatakan ada dermawan akan menderma buah orange dan sebab itulah beliau berbaris. Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya.Dia berbaris di belakang.

Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu) menjawab: "Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."


~Branco~

[Ceritot] Kedai Roti


0

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".

"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"



~Branco~

[Ceritot] 3 Pesalah dan Hakim


0

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah, seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap
atas kesalahan menghendap itik.

Lalu hakim berkata,

"kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan.."

Ahli Falsafah mula berkata,

"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di
berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan.

"Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif" lalu Ahli Falsafah dipenjarakan.

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…

"Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..".

Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat.. Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan.

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..

"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak.

Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim.

"Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi hakim berkata…

"Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".

"Salah!!! Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".

Pelawak itu kemudian dibebaskan.



~Branco~

Termenung Di Jendela


1

Akibat selalu dihina, termenung di jendela.
Dah nasib nak buat macam mana kan...



~Branco~

[AWAS] Influenza Dalam Perjalanan Menyerang Manusia


0

Hati-hati. Influenza ini dikesan menggunakan taktik Askar Jepun semasa perang dunia kedua untuk menyerang.


~Branco~

[AWAS] Geng Perompak Yang Tidak Berperikemanusiaan


0

Sekarang terdapat satu kumpulan perompak yang sedang bergiat aktif di Malaysia.

Kegiatan mereka semakin ganas dan tiada peri kemanusiaan.


Setakat ni laporan demi laporan dibuat tetapi setakat ni ni belum ada
sebarang tangkapan dibuat.

Malah polis tidak mengambil sebarang tindakan.

Kebanyakan mangsa kehilangan barang barang berharga serta mengalami kecederaan bila cuba melawan.

Dikatakan mereka bergerak dalam kumpulan yang besar semasa menyerang/merompak mangsa.
MODUS OPERANDI : BERGERAK SECARA KUMPULAN - SEKITAR 10 - 20
MANGSA : SESIAPA SAJA
KAWASAN HITAM : Kawasan Kampung, berhampiran kawasan Hutan. kat bandar besar seperti KUALA LUMPUR BELUM LAGI
TAKTIK SERANGAN : DATANG BERAMAI RAMAI
SEORANG JURUGAMBAR AMATUR SEMPAT MERAKAM SALAH SATU KUMPULAN SEDANG MENYERANG MANGSA.......







Gambar terakhir dipercayai ketuanya yang bijak menutup mukanya daripada dikesan oleh pihak berkuasa. Jadi berhati-hatilah mulai dari sekarang!!!


~Branco~

Kisah Susu Ibu


0

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le.... Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut.

Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut..Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah...bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut. Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !

Semoga menjadi panduan buat kita semua......

~Branco~

Gara-gara


0

Kenapa?

Apakah?

Siapa?

Bagaimana?

Bila?

Semuanya gara-gara H1N1.
Topeng muka pun dah jadi barang kawalan.

~Branco~

Tribute To Rabbani [Al-fatihah buat Ustaz Asri]


2


Pasti semua masih ingat lagu nasyid Di Pondok Kecil. Lagu ini dipopularkan oleh kumpulan Nadamurni dan kini lebih dikenali sebagai Rabbani. Mari kita hayati lirik lagu ini.

dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam

Dan hari ini, vokalis utama Rabbani, Ustaz Asri telah kembali ke Rahmatullah. Mari kita sama-sama doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Semoga apa yang diperjuangkan selama ini untuk menegakkan islam melalui lagu-lagu ketuhanan mendapat keberkatan Allah.

Al-Fatihah...

~Branco~

[Terkini] Ust. Asri (Rabbani) Meninggal Dunia


0


KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Berita Harian

Al-fatihah buat Allahyarham.
Aku minat kepada nyanyian beliau semenjak dulu lagi (Nadamurni) hingga sekarang (Rabbani).

Bahgiakan mereka
Hingga ke hujung dunia
Bila sampai waktu ajalnya
Anak soleh sebagai harta

Antara lagu yang aku suka nyanyian kumpulan Rabbani yang aku jadikan panduan bila aku tersimpang dari landasan hidup.

~Branco~

Aku Kembali!!!


0

Aku mintak maaf kepada semua yang masih menunggu blog ini di kemaskini sejak sekian lama terbiar tanpa cerita terbaru.

Dan akhirnya penantian anda semua tidak sia-sia.

Aku kembali selepas berjaya mengumpul beberapa cerita yang ingin dikongsi bersama.

Nantikan cerita-cerita terbaru di blog ini atau di Baruhean blog.

~Branco~

notabawahkaki: sebenarnya aku terlalu sibuk sampai tak dapat nak uruskan blog. tapi kesibukan itu dah berlalu.

Mula Berjoging


2

Badan dah terasa berat. Jadi untuk menjadikan bentuk badan aku ideal seperti tiga tahun yang lepas, maka aku bertekad nak berjoging setiap hari.

Hari ini dah masuk hari ketiga aku berjoging.

Penat tak terkata.

Hari pertama dapat lari dua pusingan taman, lokasi di Tangkak. Masa 7.00 pagi waktu Malaysia Barat.

Hari kedua dapat buat jauh sikit. Lokasi di Tanjung Ketapang, Muar. Selepas waktu kerja.

Hari ini di tempat yang sama, Tanjung Ketapang. Dan kali ini berjaya meningkatkan jarak larian sambil berlagak macho.

Dan esok akan aku teruskan usaha aku ini.

Hasilnya akan diketahui dalam masa beberapa minggu lagi.

~Branco~

Hari ini ke United Kingdom


0

Perjalanan hari itu sangat indah. Aku tiba di Lapangan Terbang Heathrow dengan senyuman manis. Perjalanan di dalam pesawat Airbus Malaysia Airlines sangat mengujakan. Layanan yang diberikan oleh pramugari-pramugari sangat dihargai. Patutlah Malaysia Airlines pernah mendapat anugerah hospitaliti satu masa dahulu.

Setibanya di kawasan pemeriksaan, aku melontarkan senyuman kepada setiap pekerja di situ. Aku melepasi kawasan pemeriksaan dengan mudah, tanpa pemeriksaan yang rapi, tidak perlu membuka seluruh pakaianku. Dan setiap pertanyaan dijawab dengan mudah. Aku terus menuju ke pintu ketibaan dengan harapan dapat bertemu sesiapa yang boleh menjadi pemandu pelancongku. Aku melalui beberapa kedai bebas cukai, hanya sempat melihat, kerana tugasku lebih penting di kota London.

Perjalananku kali ini atas sebab perniagaan. Orang atasanku menugaskan aku untuk mencari barang-barang untuk syarikatku menjalankan projek yang baru diterima dari agensi kerajaan. Dana yang diberikan sangat besar, dan aku boleh berbelanja sesuka hatiku. Tetapi aku hanya pergi berseorangan tanpa ditemani oleh sesiapa pun.

Sedang aku mencari, tiba-tiba aku terpandang dua orang yang berpakaian seperti rakyat Malaysia. Dan aku terus menuju ke arah mereka untuk bertanyakan sesuatu. Ternyata sangkaanku tepat, dan mereka adalah antara beberapa orang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di UK. Aku meminta mereka menunjukkan jalan-jalan di kota London dan sebelum itu, aku mengajak mereka minum di salah satu kedai di lapangan terbang. Aku belanja.

Sedang kami berborak-borak, dengan pemandangan menghadap ke arah landasan kapal terbang, tiba-tiba kami terlihat dua buah kapal terbang sedang berselisihan. Kedua-duanya terbang agak rendah, dan lebih mengagumkan, kedua-duanya tidak mempunyai sayap. Aku menjangkakan kedua-duanya akan terhempas. Dan ternyata sekali lagi jangkaanku tepat. Kedua-duanya terseret di atas landasan dana salah satunya menuju ke tempat kami sedang minum.

Kami tergamam, tidak tahu kemana ingin dituju. Dan sekelip mata, meja di sebelah kami telah hilang dilanggar oleh salah satu pesawat. Aku bingkas bangun dan berlari menuju ke arah pesawat tadi. Aku berusaha untuk mengeluarkan beberapa penumpang yang masih hidup. Aku nampak semua penumpang masih hidup, termasuk dua orang pilot, tetapi salah seorang telah pengsan. Aku mengeluarkan dahulu pilot yang pengsan, dan membawanya jauh dari kawasan kejadian.

Aku sempat berpusing mengelilingi pesawat itu untuk melihat jika terjadi kebocoran tangki minyak. Segala-galanya selamat dan semua mangsa berjaya dikeluarkan, tanpa ada mangsa yang mati. Aku melihat dari jauh pesawat yang satu lagi. Dan keadaannya sama. Aku bersyukur kerana kesemuanya selamat. Aku masih menunggu pihak berkuasa untuk tiba, tetapi tidak ada satu pun yang datang. Aku menunggu dan terus menunggu.

Tiba-tiba, kaki kananku terasa berat. Aku cuba melihat, dan kedengaranlah titik-titik air di bumbung. Aku bukakan mataku, dan terasa silau dek sinar mentari. Aku bangun, rupanya aku bermimpi. Hujan panas diluar rumah. Patutlah. Tidak logik cerita ini. Dan aku baring semula untuk sambung tidurku di hari Sabtu.


NotaKaki : Mimpi ini berlaku pada pagi tadi. Pada mulanya aku sangat takut, tetapi bila terjaga dari tidur, baru aku perasan yang itu rupanya mainan tidur. Harap-harap dapat pergi UK satu masa nanti.

~Branco~

[KLM Menggamit] Aku dan Program Lambaian


0

Berikut adalah beberapa program yang aku sertai semasa menjadi ahli Lambaian. Mungkin ada antaranya yang aku sendiri sudah lupa.

Kem Pemantapan KLM - Hutan Rekreasi De' Bana Serting 2001

Program Sentuhan UTM - SMT Perdagangan JB 2001

Program Khidmat Masyarakat dan Pendidikan Jelapang Padi - Kuala Nerang 2001

Program Jana Jati Diri - KTC UTM 2002

Program Mesra 1 - Tadika Ihsan UTM 2002

Program Mesra 2 - 2003

Program Mesra 4 - 2005

Dekat Padamu 1 - Hospital Sultanah Aminah

Program KP SMK Dato' Penggawa Barat (Tak ingat nama program)
Program KP SMT Tanjung Puteri (Pun tak ingat nama program)
Mungkin yang lain-lain ada tapi tak ingat. Al-maklumlah dah lama tak ikuti perkembangan selepas berpindah ke kolej lain. Tapi aku sangat bertuah kerana dapat menjadi salah seorang ahli KLM. Kelab yang banyak mengajar aku menjadi seorang yang tabah dengan dugaan, bersabar dengan berbagai kerenah, dan menganggap ahli kelab seperti keluarga sendiri.
Terima kasih kepada yang membimbing aku selama aku di KLM, dan tidak lupa juga keluarga Branco yang dicadangkan namanya oleh Abg Wazir. Sampai sekarang aku masih menggunakan nama ini. Thanks to all.
~Branco~

Monyet-monyet yang Kurang Ajar!!


0

Ceritanya begini, hari Sabtu yang lepas, aku bersama family aku ngelencer ke Pahang. Atau lebih spesifiknya jalan-jalan ke Felda Sungai Kemahal, Triang. Perjalanan bermula pada jam 0930. Selesai semua urusan di sana, kami pun bertolak balik jam 1430 dan tiba di rumah lebih kurang jam 1700.

Hari itu aku membawa kereta kakak yang lebih besar dan lebih laju. Keretaku diparkir di bawah garaj rumah. Keadaan kereta berkunci. Aku tinggalkan tanpa mengesyaki apa-apa kejadian yang tidak diingini. Dan apabila aku tiba di rumah, seperti tiada apa yang berlaku. Aku terus menuju ke bilik dan tidur dengan nyenyak sehingga mak memanggilku.

Katanya keretaku telah dikasari oleh sekumpulan monyet yang pada kebiasaannya berlegar-legar di belakang rumah. Aku terus melihat apa yang terjadi, dan aku amat terperanjat kerana keretaku telah menjadi seperti sebuah traktor binaan. Amat kotor sekali dengan kesan-kesan lumpur di serata tubuh badan kereta. Dan yang paling tidak dapat aku bersabar, monyet-monyet itu telah meninggalkan sisa makanan yang telah dicerna di atas bumbung kereta.

Dan keesokan harinya, aku menghabiskan selama 2 jam untuk mencuci segala kekotoran. Sangat penat dan sangat marah kepada monyet-monyet. Segala sumpah seranah aku keluarkan. Kalau aku jumpa monyet-monyet itu, akan aku hambat sampai mereka tidak berani datang lagi. Aku dah hilang sabar!!

Bak kata Sang Kancil, monyet sangat nakal. Lada pun dia nak makan macam pisang. Bodoh punya monyet!!

~Branco~

Pagi Yang Indah


0

Pagi itu, hati Jumaat, aku bangun awal. Tidak seperti kebiasaannya, aku akan keluar rumah lewat sedikit. Tetapi pagi itu aku keluar lebih awal untuk menghirup udara nyaman di halaman rumah sebelum memulakan langkah ke tempat kerja. Dan tiba-tiba mataku memandang langit di sebelah timur. Satu pemandangan yang indah, cantik dan jarang berlaku di hadapanku.

Aku sempat mengambil kamera dan menangkap gambar indah itu.

Lihatlah garisan yang terbentuk pada langit...indahnya...


~Branco~

Ngelencer - Makna di sebaliknya


0

Ngelencer - jalan-jalan (bahasa jawa)

Dan kisah ngelencer ini akan bermula tidak lama lagi. Berpandukan kepada pengalaman penulis dan daya ingatannya yang kuat.

~Branco~

Aku Diancam H1N1??


2

Hari ini agak malas nak pergi kerja. Bangun tidur jam 0830, itu pun kakak minta aku hantar sebungkus cawan plastik untuk jualan hari terbuka sekolahnya. Aku bangkit agak malas. Ambil tuala dan hidupkan shower heater. Sejuk. Batuk ku tiba-tiba menjadi-jadi. Aku muntah di bilik air. Sakit.

Sebenarnya aku mengalami sakit ini 10 hari yang lepas. Aku hanya minta ubat dari seorang staf yang menjaga klinik di tempat kerja. Sakit yang dialami hanya selsema kuat dan juga batuk. Aku hanya mampu tidur pada hari itu. Kerja terpaksa ditinggalkan demi menjadikan diri ini sihat.

Selang dua hari, sakit semakin kuat. Aku ambil keputusan berjumpa doktor di sebuah klinik swasta yang terletak berhampiran rumah. Hanya memberitahu doktor, batuk tidak berkahak, selsema kuat dan demam ringan. Doktor menyediakan perskrepsi yang bersesuaian, dan aku meminta cuti sakit selama dua hari. Harap-harap kebah.

Sabtu dan ahad aku melakukan aktiviti seperti biasa, tetapi batuk dan selsema masih ada. Tidak la seteruk hari pertama. Dan bila malam menjelma, aku mengalami batuk yang sangat kuat. Sampaikan tidur terganggu. Dan sekali lagi aku mengambil cuti separuh hari pada hari isnin. Masih selsema dan batuk, ditambah dengan kahak yang berlendir.

Hari ini, selepas mandi, aku terfikir untuk membuat pemeriksaan di hospital. Hantas cawan-cawan ke sekolah dahulu. Kemudian aku menghala ke tempat kerja, tetapi singgah sebentar di hospital. Aku ingin membuat pemeriksaan lanjut, mana tahu dijangkiti wabak yang sangat popular sekarang.

Ekspresi diri sewaktu sampai di hospital, ataupun dikenali sebagai klinik komuniti Maharani, terletak bersebelahan HPSF, canggih dan mengagumkan. Masuk dan daftarkan diri, minta diperiksa suhu badan. Aku ke kaunter khas untuk memeriksa suhu badan, 35.6 darjah celcius. Biasa saja. Pergi ke kaunter pendaftaran semula. Ambil nombor, dapat nombor pantas. Proses sehingga ambil nombor hanya mengabil masa selama 15 minit.

Pergi ke bilik doktor, tunggu nombor dipanggil. Selang 20 minit, aku dipanggil. Masuk ke bilik doktor dan ditanya sejak bila demam. Aku memberitahu minggu lepas. Batuk? Pun sama. Selsema? Sama juga. Kemudian aku diarahkan menjalani ujian pemeriksaan darah. Darah diambil di kaunter lain. Kemudian sampel darah dihantar ke kaunter pengujian darah, dan selepas 3 minit menunggu, nama dipanggil. keputusan darah sudah keluar. Proses mengambil ujian darah hanya 10 minit. Sangat pantas.

Jumpa doktor semula. Doktor memberikan senarai ubat yang perlu diambil di farmasi. Aku hanya sempat bertanya adakah aku dijangkiti. Tidak. Bersyukur. Aku keluar dan mengambil giliran untuk ubatan. Proses agak lama kerana kaunter farmasi hanya mempunyai seorang pembantu perubatan. 30 minit menunggu. Dalam masa menunggu, aku lihat seorang nenek tua yang hanya mampu duduk di kerusi roda, dan ditolak oleh cucunya. Gilirannya lebih lama, dan rasa kasihan timbul.

Aku masih bertanya dalam hati, kenapa cucunya tidak memberitahu kepada pembantu perubatan farmasi untuk menyegerakan penyediaan ubat untuk neneknya. Sedangkan warga tua akan diberi layanan utama. Aku tidak sempat memberitahu, aku harap ada orang lain yang dapat membantu nenek itu. Sampai giliranku, terus ambil ubat dan bergerak meninggalkan klinik.

Hari ini aku dapat lihat, perubahan kepada sistem pengurusan hospital/klinik kerajaan yang semakin baik. Tetapi agak terkilan kerana tidak seorang pun antara jururawat-jururawat di sana yang mengambil peduli tentang nenek tadi. Aku juga terkilan tidak dapat menolong nenek itu. Sangat kasihan. Dan dimasa akan datang, aku harap dapat memberanikan diri menolong orang-orang yang tergolong dalam kurang upaya, seperti warga tua, orang cacat dan sebagainya.

Dan hari ini, terpaksa bekerja separuh hari lagi.

~Branco~

Mental Tergugat Ramai Hilang


2

Alkisahnya apabila syarikat telah berjanji tidak akan menaikkan gaji dan membayar bonus, maka berduyun-duyun pekerja bertindak berhenti kerja, mencari peluang yang lebih baik atau menjadi suri rumah sepenuh masa. Kalau mendapat peluang yang lebih baik, adakah tempat kerja yang baru lebih baik? Bersesuaian atau tidak kerja yang dilakukan? Adakah rakan sekerja bersosial seperti tempat yang terdahulu?

Kalau difikirkan, memang susah untuk bertukar kerja. Akan tetapi sampai bila kita nak memajukan diri sendiri? Memang bagus kalau kita tetap pada satu kerja, akan tetapi kalau kerja itu kita yang jadi pengarah, bos, CEO dan sebagainya. Kalau setakat jadi kuli bawahan yang makan gaji, lebih baik cari peluang diluar yang mampu dipikul. Peluang yang memungkinkan kita menjadi seorang yang tabah, bersabar, sayang pada kerja, tidak tertekan kerana kerja dan boleh menampung kehidupan keluarga kita.

Suri rumah, lelaki pun boleh menjadi suri rumah. Macam cerita Mr. Mama. Suami tinggal di rumah sedangkan isteri bekerja di pejabat. Zaman sekarang tak kira suami yang kerja atau isteri yang kerja, asalkan dapat makan tiap-tiap hari. Tetapi tanggungjawab mencari rezeki utama dalam keluarga terletak atas suami, dan isteri hanya sekadar membantu meringankan beban suami. Bukan suami kerja separuh mati, isteri kerja gaji tak dikongsi.

Dan aku menulis blog ini kerana ramai rakan-rakanku hilang dari pandangan di tempat kerja. Mental!!!

~Branco~

Malas melanda!!!


0

Hari ini buat kesekian kalinya aku separuh hari kerja.
Malasnya, badan penat, selesema, batuk, sakit tekak.
Datang pun sebab cuti dah habis.
Kerja pun berlambak lagi nak siapkan.
Tapi malas tetap malas, tak boleh nak dirajinkan sebab semangat dah tak kuat.

~Branco~

[KLM] Terpandang dan Terkenang


0

Sabtu yang lalu, sempena menyambut Tengku Mahkota Johor datang ke UTM, aku berada di sebuah kolej yang terletak berhampiran stesen servis Shell dan restoran makanan segera McDonald's. Di bangunan pentadbiran kolej, aku terpandang huruf-huruf yang ku kenali dahulu iaitu K, L dan M.

Terdetik dalam hati, aku berbangga pernah menjadi sebahagian daripada pencorak KLM ini. Tetapi aku agak kecewa kerana aku tidak dapat meneruskan komitmen aku dalam meneruskan visi dan misi KLM sehingga aku tamat pengajian. Sehinggakan aku tidak dapat mengenali pemikir-pemikir baru yang menjadikan KLM lebih maju dan dikenali ramai.

Dan disaat aku merenung muka-muka gagah yang terpampang di papan kenyataan tersebut, aku cuba mengingati salah seorang dari mereka. Ternyata aku tidak dapat mengenali seorang pun. Aku sangat malu kepada diriku sedangkan dari sinilah aku belajar mendidik anak-anak sekolah, menghormati yang tua dan menyumbang masa dan keringat tanpa memikirkan tentang wang ringgit, merapatkan diri kepada insan yang dianggap tidak berdaya, menaikkan motivasi dan sebagainya.

Aku cuba menipu diriku tetapi aku tidak berdaya. Diriku hanya mampu mengiyakan sedangkan hakikatnya aku bukan pencorak yang berjaya membawa huruf-huruf ini ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Ada yang masih tidak mengenali diriku, sewaktu aku menjadi pengacau program bersama Tadika Ihsan (waktu itu aku datang bukan sebagai ahli kelab, tetapi terserempak sahaja). Aku tak kisah kerana mungkin peninggalanku ke kolej lain telah memudarkan memori dan diriku dari menjadi sebahagian keluarga ini.

Akhirnya, aku berlalu pergi dengan meninggalkan sebahagian diriku yang masih bersama KLM di papan kenyataan itu. Apa yang aku pelajari semasa di KLM akan ku terapkan dalam kehidupan seharianku. Mungkin aku akan ceritakn beberapa pengalamanku bersama KLM di lain masa.

~Branco~

Cerita Tentang Abah...


2

Di hening subuh, hari sabtu, aku mendapat panggilan dari adikku Ina.

"Jan, abah masuk hospital. Bila nak balik?" kata adikku.

"Kejap lagi. Nak siap-siap dulu. Abah kat hospital mana?" balasku sambil mengeliat.

"Tangkak" jawab Ina ringkas.

Aku pun terus bergegas bangun dan bersiap untuk bertolak pulang ke kampung. Sambil melayan lagu irama pop yang terkeluar dari corong speaker radio kereta, aku pun teringatkan waktu semalam semasa aku hendak bertolak. Abah masih boleh berjalan, tetapi keadaannya sudah tidak bermaya. Aku bersalam dan mencium tangan abah, cium tangan emak, minta beritahu kalau-kalau terjadi apa-apa pada abah.

Fikiranku masih menerawang ke masa silam. Sewaktu abah sihat, masih boleh melakukan aktiviti harian, menoreh dan berkebun. Aku dapat lihat abah gigih bekerja demi menyara kami adik beradik. Mak juga membantu abah menguruskan kebun getah di belakang rumah. Abah juga tidak lupa menunaikan tanggungjawab menjaga rumah pusaka Embah yang teletak di seberang jalan berhadapan rumah. Abah masih tidak lupa untuk menjalankan tugas sebagai bilal di surau pada setiap waktu solat.

Ketika aku sampai di rumah, hanya kakakku Kak Yati bersama anak-anaknya berada di rumah.
Aku hanya sempat berborak dengan kak yati di dapur. Itupun hanya seminit dua kerana aku ingin melawat abah di hospital. Aku memandu seorang diri menuju ke hospital, ketika itu jam 4 petang. Setibanya di sana, aku menelefon emak dan bertanyakan di wad berapa abah ditempatkan. Mak tidak menjawab panggilan, dan aku terus menghubungi abangku.

Setelah selesai mengetahui tempat, aku bergegas mencarinya. Dan sebaik saja aku berdiri di pintu wad, aku terpandang sebujur jasad yang gering, dan aku tahu itu abah. Aku datang kepada abah dan bertanyakan keadaan abah. Abah mengalami sesak nafas dan kepayahan membuang air kecil. Ku lihat emak berjalan longlai, baru menunaikan solat asar. Aku lihat abah mengalami kesukaran bernafas, dan emak menyarankan aku mengurut dada abah supaya lancar pernafasan.

Emak memintaku menjaga abah sementara emak mengikut abangku balik ke rumahnya untuk bersiap-siap kerana malam itu emak akan tidur di wad. Aku mengambil alih tugas emak buat sementara. Abah meminta dan aku turuti. Aku tak dapat pastikan pada waktu itu apa perasaan aku. Aku sedih melihat keadaan abah yang semakin susut. Aku lihat kepayahan abah untuk bernafas, dan aku hanya menolong sekali-sekala. Tidak seperti waktu aku kecil dahulu, abah sering menghantarku ke sekolah. Balik berjemput menaiki motor kesayangan abah. Tetapi waktu itu aku tidak tahu nak buat apa. Hanya bertanyakan apa kehendak abah. Aku turuti.

Setelah emak tiba, aku minta diri untuk pulang ke rumah. Aku cium tangan abah, cium tangan emak dan terus pulang. Malam itu tidurku tidak nyenyak. Hanya terfikirkan tentang abah di hospital bersama emak. Dan esoknya aku sekali lagi datang menggantikan tempat emak pada waktu pagi sehingga tengahari. Emak berehat sekejap di rumah abangku. Aku bergilir-gilr bersama abangku menjaga abah. Dan tidak lama kemudian, kakakku yang sulung, Kak Yah tiba bersama suaminya. Aku hanya melihat dari jauh sewaktu kak yah berbual dengan abah.

Dan petang ahad itu juga, abah mendapat kebenaran berpindah ke hospital Muar yang mempunyai peralatan yang lebih canggih. Kak yah sebagai kakak yang sulung bersetuju. Mak menaiki ambulans sedangkan aku mengikut dari belakang. Setibanya di hospital Muar, tidak ada tempat untuk abah, dan terpaksa ditempatkan di katil tambahan sementara menunggu pesakit lain keluar.

Sewaktu doktor merawat abah, tiba-tiba abah bangun dan ingin mengambil air sembahyang. Aku agak terkejut dan doktor terpaksa menahan abah dari turun. Abah masih berkeras, dan aku dapat rasakan yang abah masih lagi teringatkan kewajipan sebagai seorang muslim walaupun sedang sakit. Dan emak mengambil air minuman, mewudhu'kan abah. Abah bersolat asar sebentar, dan aku tidak tahu itulah solat yang terakhir.

Selesai doktor membuat pemeriksaan, dan abah sekali lagi dipindahkan ke wad CCU. Dan kali ini keadaan abah lebih serius. Aku hanya sempat menghantar abah sehingga pintu masuk wad kerana dihadkan hanya seorang saja boleh mengikuti. Aku gagahkan juga, menceroboh masuk dan terus menuju ke katil abah. Dan pabila doktor ingin menjalankan rawatan, dimana doktor terpaksa menidurkan abah, abah meronta. Aku menenangkan abah, tetapi abah sudah tidak mengenali sesiapa. Abah hanya mendengus dan baring semula.

Bila abah dipengsankan, aku menunggu bersama emak sehingga tengah malam. Kakak-kakakku datang melawat abah tetapi tidak dapat bercakap dengan abah. Aku adalah orang terakhir yang dapat bercakap dengan abah. Malam itu emak dan abangku tidur di surau hospital. Aku masih menunggu abah sehingga jam 4 pagi. Aku meminta kebenaran dari abangku untuk pulang ke rumah.

Pagi itu aku bangun agak lewat. Jam 10 pagi. Yang lain sudah berada di hospital. Emak baru pulang bersama abangku. Aku bertolak ke hospital agak lambat sedikit kerana aku sangka ingin bekerja. Dalam perjalanan, kakakku yang kelima, Kak Idah menelefon,

"Ijan, dah dampai mana?" dengan nada sedih.

"Baru sampai Rawang" balasku.

"Ijan, abah dah tak ada. Dah meninggal" kata kak sidah.

Waktu itu aku terkedu, fikiranku melayang ke hospital. Hatiku dah lama berada di sisi arwah abah, sedangkan jasadku masih lagi memandu. Aku senyap, tidak berkata sepatah pun dengan anak-anak buahku. Setibanya di hospital, aku terus menghampiri sebujur jasad yang sudah tidak bernyawa. Aku cuba membaca Surah Yasin, tetapi hatiku tidak kuat menghadapi dugaan ini. Belum sempat aku menghabiskan bacaanku, air mataku jatuh. Aku tidak sanggup lagi menatap jasad abah ketika itu.

Aku keluar dan mendapatkan kak yah. Arwah abah mesti diuruskan hari ini juga. Dan kami menguruskan segala yang berkaitan dengan kematian. Bila aku tiba di rumah, aku lihat emak lemah longlai, dan apabila jasad abah tiba, emak terus lemah, terpaksa dipapah oleh makcikku. Aku lihat ramai penduduk kampung yang datang. Selesai memandikan, jasad abah dikafankan. Dan bila waktu mengucup dahi abah, aku menitiskan air mata lagi. Tak sanggup melihat abah dalam keadaan begitu. Aku terus keluar, pakcikku menenangkan aku. Katanya setiap yang pergi takkan kembali. Kita yang hidup ini perlu teruskan, jangan lupa mendoakan yang telah tiada.

Dan waktu berada di tanah perkuburan, aku sudah dapat menahan diri. Aku berpegang pada kata-kata pakcikku tadi. Selesai di tanah perkuburan, aku pulang dan bersama-sama ahli keluargaku yang lain mengadakan kenduri arwah.

Inilah cerita yang masih aku ingat sampai sekarang, dan takkan aku lupakan sampai bila-bila. Semoga roh abah dicucuri rahmat dari Yang Esa. Aminn...

Tukar Angin...Branco??


2

Rasanya macam dah lama sangat tak update blog ni.
Tahap kemalasan yang teramat sangat.

Kenapa nak tukar angin??
Sebab nak jadikan blog ni penuh dengan bahasa melayu.
Kalau ada bahasa omputeh sikit-sikit je.
Tu yang tukar dari Sniper never sleep ke Branco dan Sebenarnya.

Kalau nak tahu branco ni adalah nama grup masa di KLM dulu.
So sesiapa yang termasuk dalam grup ni dia tahu la.

Dah malas nak update lagi.
So aktiviti lepas ni mencetak dan menampal.

~Branco~

Hacked??


0

My blog is being hacked by someone.
I already delete the post.
Next time I must take some caution and sign out before leaving my desk.
I feel ashame and get someone angry on that matter.
Please forgive me.
I guarantee this kind of thing not happen in the future.

~Sniper~

Ribut di Kampung [1]


0

Hari ini dalam jam 1450, kampung aku telah dilanda ribut. Tetapi kejadian ribut ini berlaku hanya dalam satu garisan melintang, dari kampung sebelah ke kampung aku dan bersambung ke kampung yang lain. Semasa kejadian aku masih berada di tempat kerja dan hanya mengetahuinya apabila aku pulang ke rumah.

Banyak kerosakan dan kemusnahan telah dilaporkan kepada pihak yang berkenaan. Antaranya kerosakan talian telefon (TM), talian elektrik (TNB) dan lain-lain harta benda termasuk pokok-pokok yang tumbang. Selepas kejadian, pihak TNB terus menghantar bantuan kepada penduduk kampung yang terlibat. TM hanya dapat menghantar bantuan pada sebelah malam.

Mengikut cerita dari beberapa penduduk kampung, kejadian berlaku dengan tiba-tiba. Ribut ini disertai dengan hujan lebat dan petir. Aku hanya dapat melihat sebatang pokok pinang di sebelah rumah aku dipanah petir. Dan pokok rambutan kesayangan mak aku rebah juga.

Pokok rambutan yang tumbang


Habis tahun ni tak ada rambutan kat rumah


Pokok pinang yang dipanah petir


Hampir mengenai stor rumah mak su


Tetapi rumah nenekku yang terletak berhadapan dengan rumahku mengalami kemusnahan yang dahsyat. Garaj kereta yang diperbuat dari besi telah runtuh, beberapa batang pokok getah tumbang mengakibatkan talian elektrik terputus. Ada sebatang pokok hampir mengenai rumah nenekku. Tapi bersyukur hanya menyentuh bumbung rumah di bahagian sebelah kanan.

Pada waktu blog ini ditaip, pihak TM sedang bertungkus lumus menggantikan empat batang tiang telefon yang tumbang. Nasib baik talian telefon tidak terjejas. Kalau tidak alamat tak dapat nak update blog ini.

Tiang telefon pertama yang tumbang


Ada busut di bawahnya, patutlah...


Tiang kedua. Lihatlah hampir menghalang lalu lintas


Jika ada perkembangan lagi, aku akan update dari semasa ke semasa.


~Sniper~

CP a.k.a COPY PASTE!!


0

Baru hari ni rasa nak menaip lagi. Posting sebelum ni banyak aku copy paste dari inbox e-mail formal aku. Sejak akhir2 ni agak sibuk dengan tugasan di tempat kerja dan kadang2 sampai teringat masa lepak2 kat rumah.

Tapi kalau nak diikutkan, tak ada idea nak diluah. Macam2 perkara yang masih berpusing2 di kepala, tapi nak keluar tak boleh. Sebabnya perkara2 itu masih tiada penghujung ceritanya. Ah, bosan juga nak taip macam2 ni, agak2 malas aku buat macam selalu.
CP.

So
untuk
posting seterusnya akan CP juga. Akhirnya kemalasan meng'update' dengan idea sendiri terbengkalai lagi. Mungkin aku akan praktikkan apa yang aku belajar waktu dipaksa menghadiri kursus di tempat kerja aku.


~Sniper~

Rahsia Solat...


0



Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...


1 - Niat Sembahyang :

Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.


2 - Berdiri Betul :

Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.


3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :

Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.


5 - Ruqu' :

Sebagai tikar kita di dalam kubur.


6 - I'tidal :

Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.


7 - Sujud :

Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.


8 - Duduk antara 2 Sujud :

Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur


9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :

Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.


1 0 - Tahhiyat Akhir :

Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.


11 - Selawat Nabi :

Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.


12 - Salam :

Memelihara kita di dalam kubur.


13 - Tertib :

Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.




"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...


~Sniper~

Tomato Story


0



A Jobless man applied for the position of "office boy" at Microsoft. The HR manager interviewed him then watched him cleaning the floor as a test.


"You are employed" he said. "Give me your e-mail address and I'll send you the application to fill in, as well as date when you may start."


The man replied "But I don't have a computer, neither an email".


"I'm sorry", said the HR manager. "If you don't have an email, that means you do not exist. And who doesn't exist, cannot have the job."


The man left with no hope at all. He didn't know what to do, with only $10 in his pocket. He then decided to go to the supermarket and buy a 10Kg tomato crate. He then sold the tomatoes in a door to door round. In less than two hours, he succeeded to double his capital. He repeated the operation three times, and returned home with $60.


The man realized that he can survive by this way, and started to go everyday earlier, and return late. Thus, his money doubled or tripled everyday.


Shortly, he bought a cart, then a truck, and then he had his own fleet of delivery vehicles.


5 years later, the man is one of the biggest food retailers in the US. He started to plan his family's future, and decided to have a life insurance.


He called an insurance broker, and chose a protection plan. When the conversation was concluded the broker asked him his email.


The man replied,"I don't have an email."


The broker answered curiously, "You don't have an email, and yet have succeeded to build an empire. Can you imagine what you could have been if you had an e mail?!!"


The man thought for a while and replied, "Yes, I'd be an office boy at Microsoft!"



Moral of the story

Moral 1
Internet is not the solution to your life.

Moral 2
If you don't have Internet, and work hard, you can be a millionaire...


~Sniper~

4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Ke Neraka


0


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s)
Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.

Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s) Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.

Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s)
Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat dan tidak menutup aurat.

Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s)
Duhai anak2 lelaki....sayangilah ibumu...nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu insan biasa...tak lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.


Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.


Firman Allah S.W.T

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu"


~Sniper~